(cosmos caudatus). Dah banyak kali dipetik. Agak cepat juga pertumbuhannya. Mula disemai dari bijinya dan kemudian naik merimbun.... Sekarang ni dalam seminggu, 1 atau 2 kali kami sekeluarga berulamlah. Bunganya berwarna keunguan/kuning,kecil.
Mengkudu (cat. 2) atau morinda citrifolia, daun yang muda pun dicelur dan dibuat ulam. Cuma rase pahit sikit. Pokok ini kami tanam dalam pasu (itu sebab buahnya agak kecil sahaja). Tak nak ianya terlalu merimbun sangat. Seingat saya, semasa dalam pantang, daun mengkudu pernah diguna untuk membalut besi tungku!
Kedua2 pokok ni nampaknya tak diserang serangga perosak...Senang nak jaga.
No comments:
Post a Comment