Showing posts with label witir. Show all posts
Showing posts with label witir. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Tidakkah kita ghairah.... ?

Tidakkah kita ghairah dalam menanti Ramadhan yang bakal menjelang?

Soalan itu membuat diri ini terfikir sejenak... Zaman kanak2 sudah lama berlalu yang mana puasa hanyalah lapar dan dahaga. Dalam usia yang menjangkau setengah abad, masihkah aku tidak ghairah untuk meraih segala pemberian yang tak ternilai dariNya dalam bulan yang penuh barakah ini. Pemberian yang bakal dibawa bersama untuk nun di sana....

InsyaAllah, penuhkanlah bulan Ramadhan ini dengan perkara yang mendatangkan keredhaanNya. Tadarus, tarawikh akan terus dilakukan. Namun, apa perkara lain yang perlu??? Oh ya, time management pun harus diberi perhatian.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Tuesday, September 9, 2008

Menahan lapar dan dahaga?

Berpuasa tidak hanya menahan dari lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu. Mungkin untuk anak2 kecil, itulah yang mereka fahami, namun semakin meningkat usia seharusnya pesepsi itu berubah. Sesungguhnya puasa hanyalah untuk yang Maha Esa dan hanya Dialah yang berhak membalas segala usaha yang telah hambaNya lakukan semasa Ramadan.

Banyak kelebihan Ramadan. Antaranya solat sunat Tarawikh. Yang memeningkan kepala anak bongsu ialah mengapa pula harus solat witir. Persoalan ini sering diajukan walaupun tarawikh tidak menimbulkan masalah untuknya! Witir itu penutup solat malam, itu jawapan yang diberikan, ditambah dengan hal-hal berkaitan.

Malam ini, malam ke-10 solat Tarawikh. Antara kelebihannya ialah - Allah SWT akan mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.

Salam Ramadan.