Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Monday, February 1, 2010
Nangka...
Tak sangka...dalam musim panas ni, pokok nangka kami mengeluarkan buah. Baru berputik. First time berbuah.
1/3/2010 : Hmmm.... 3 putik luruh minggu lepas..... Tinggallah dlm kenangan!!!
1/3/2010 : Hmmm.... 3 putik luruh minggu lepas..... Tinggallah dlm kenangan!!!
Tuesday, November 24, 2009
Weeding....

It didn't rain the whole day yesterday but the sky was dark. Rain came during the night. Took the advantage to do a bit of weeding. It helped for the soil was a bit soggy and loose thus making it easier to pull out the weeds. But, only a bit could be done. There are lots more.... Anyway, thanks to daughter no 2 and 4 for helping out!! Nanti boleh tolong lagi.
Two of my friends were discussing on gardening in the FB posts and yes, I took the time to interject here and there. Seronok bila cerita pasal gardening ni... Another sis (with her friends) helped to replant serai for a single mom.

Tuesday, November 17, 2009
Exam, Oh, Exam
Akhir tahun, sinonim dengan exam. Anak2 di rumah, sudah habis exam mereka dan menanti keputusa. Yg di IPT ada yang belum habis. Apa pun, doa mengiringi mereka samada sebelum, mahupun selepas exam. Tadi, di radio ada terdengar antara cara 'release tension' pelajar SPM ialah mengunjungi pusat karaoke. Tak sangka ke situ pulak perginya. Yg beragama Islam, dah penat study selama 2 tahun, apa lagi, marilah kita bertawakkal kepadaNYa. Agar segala usaha mendapat rahmat dariNya. Usaha dah dibuat, ketentuan di tangan Nya.
Kesempatan diambil untuk mendoakan anak2 yang akan menghadapi SPM dan STPM tahun ni terutama pada pelajar2 SPM di SMI Al Amin, Bangi.
Kesempatan diambil untuk mendoakan anak2 yang akan menghadapi SPM dan STPM tahun ni terutama pada pelajar2 SPM di SMI Al Amin, Bangi.
Monday, October 19, 2009
Hujung Minggu
Ada rumah terbuka yang dihadiri termasuklah rumah terbuka Persatuan Penduduk Taman. Dua khemah didirikan dan makanan disediakan secara potluck. Alhamdulillah, makanan yang ada berlebihan hingga kami membungkusnya untuk dibawa pulang. Rezeki yang ada di depan mata, janganlah disia2kan.... Rendang yang dibuat dalam 2 ekor, tak habis pun. Dalam melihat2 juadah, terperasan juga akan kehadiran bekas Tupperware.. :-). B2B and Gloria.
(For more info on this product)
Thursday, October 15, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Nasi Ulam
We had a simple nasi ulam for berbuka yesterday. The nasi was the usual boiled white rice without any santan added (some recipes use santan). The ulams were either from our backyard garden or bought. The ones that we used were serai kayu, daun gajus (Noni), limau purut, daun sambung nyawa, selasih (basil), mint and we had to get bunga kantan from the sundry shop. All were finely sliced plus also some onions and desicated coconut (tumbuk halus sikit with garam and some people guna gula merah jugak).
My other half brought home 4 ikan keli from Beranang, that had already been washed and he prepared them whilst I, fried them! Our 23rd wedding anniversary had no table laden with exotic food but a simple nasi ulam which each and everyone of us enjoyed!

(**Pokok kacang botol di tepi rumah.**)
Wednesday, August 19, 2009
Tidakkah kita ghairah.... ?
Tidakkah kita ghairah dalam menanti Ramadhan yang bakal menjelang?
Soalan itu membuat diri ini terfikir sejenak... Zaman kanak2 sudah lama berlalu yang mana puasa hanyalah lapar dan dahaga. Dalam usia yang menjangkau setengah abad, masihkah aku tidak ghairah untuk meraih segala pemberian yang tak ternilai dariNya dalam bulan yang penuh barakah ini. Pemberian yang bakal dibawa bersama untuk nun di sana....
InsyaAllah, penuhkanlah bulan Ramadhan ini dengan perkara yang mendatangkan keredhaanNya. Tadarus, tarawikh akan terus dilakukan. Namun, apa perkara lain yang perlu??? Oh ya, time management pun harus diberi perhatian.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Monday, August 17, 2009
Pergi Tak Kembali
Pabila bersendirian, muhasabahlah diri... Agar segala lisan, laku dan bisikan diredhaiNya.
Rabbani
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Rabbani
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Wednesday, August 12, 2009
Biskut Oat
Saturday, June 20, 2009
Tanah Yang Sesuai....
Semenjak berkebun ni, ada juga tanah yang dibeli dari nursery yang digunakan untuk penanaman pokok. Ada tanah merah, dan ada juga yang hitam bercampur baja. Yang merah selalunya tiada brand. Boleh dapat dlm RM1.50 - 1.80 sekampit (tak pasti beratnya berapa). Tanah hitam + baja pula, ada yang dalam kampit kuning, ada yang putih dan ada juga yang tiada brand. Kalau tak silap ada yang 'berbrand' Jaya. Harga dalam RM2. Ada juga sampai RM4 dijual di sebuah hypermarket!!! Memang tak jadi beli... Apapun, nursery yang selalu dikunjungi ada 4 di Bandar Baru Bangi dan 1 di Pajam. Dari situ, bolehlah di congak-congakkan harga yang mana sesuai denagn isi poket!!! Agaknya di nursery mana boleh dapat yang murah lagi?
Tuesday, April 21, 2009
Mahallah Ruqayyah
Last week, I went to fetch my daughter at Mahallah Ruqayyah (pic). The semester was ending and she needed to vacate her room. It was like moving out of an apartment with her stuff filling the boot and the back seat! She went up and down, (countless to me), and when everything was done, I was as tired as she was.... Took lunch at the cafeteria... not bad for hostel food. And the TV there was blabbering a P.Ramlee's movie.
During my time, I just left some of my stuff or give it away, for moving places is such a tiring must-do! My tertiary edu involved me moving from Toronto to Waterloo and to Guelph. All in Ontario.
Ahh...the good ol' student days.
Monday, March 30, 2009
Tukar Biji Benih
Dua minggu lepas, anak bongsu mengutip benih ulam raja untuk diberikan pada rakan sekelas. Rupanya mereka bertukar biji benih! 2, 3 hari kemudian, anak pun membawa balik biji benih pemberian rakannya. Katanya kepada saya,
'Ma, ini biji benih daripada kawan adik.' 'Biji benih apa?' tanya saya.
'Biji benih togeh....' sambil menunjukkan beberapa butir kacang hijau kepada saya.
Hmmm... nak tergelak pun ada...
Apa pun, nampaknya mereka bersemangat mengikuti pelajaran Sains Tahun 2, mengenai tumbuhan!!

Monday, March 2, 2009
Ziarah
Minggu lepas. salah seorang jiran telah kehilangan suami. Semalam, beberapa orang dari kejiranan kami ke rumah jiran tersebut untuk mengucapkan takziah dan memberi sokongan moral. Banyak perkara boleh dibelajar disamping pertolongan yang terdaya oleh jiran lain. Ada kalanya jiran mengambil tempat saudara mara yang jauh. Begitulah juga yang dianjurkan dalam Islam. Nasihat dan pandangan boleh diberikan oleh jiran yang berpengalaman.
Setiap dari kita akan menghadapi saat ini. Cuma kita tidak tahu siapa yang akan menyahut panggilanNya terlebih dahulu. Namun, bersedialah dalam apa cara sekalipun.
Setiap dari kita akan menghadapi saat ini. Cuma kita tidak tahu siapa yang akan menyahut panggilanNya terlebih dahulu. Namun, bersedialah dalam apa cara sekalipun.
Subscribe to:
Posts (Atom)