Wednesday, December 24, 2008

Laman Impiana Lagi....

Sejak kebelakangan ini, ramai pengunjung lamanoflife meng'google' majalah Laman Impiana. Memang banyak maklumat dari majalah tersebut. Edisi Jan-Feb 2009 telah dibeli semalam di Seri Putra. Belum habis membelek lagi tapi terdapat beberapa mukasurat mengenai tumbuhan herba yang boleh digunakan seperti aloe vera a.k.a lidah buaya (#9) dan roselle atau nama saintifiknya, Hibiscus sabdariffa (#10). Alhamdulillah, herba tersebut memang ada di laman kami. Memang banyak khasiat yang Allah 'sembunyi'kan dalam alam botani kita. Cuma kita saja yang kadang2 tidak mengambil tahu atau hanya bersandar kepada perubatan berasaskan bahan kimia semata.

Pagi tadi sempat menyambung semula menanam kuku jin. Pagi semalam sambung rafia untuk sokongan pada petola dgn harapan dapat hasilnya nanti!! Just wait and see. InsyaAllah.

No comments: